Pengenalan: Linguistik Bahasa Melayu 

        Linguistik Bahasa Melayu bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan konsep dan prinsip dinamika lingusitik bahasa Melayu. Pengenalan kepada lingusitik bahasa Melayu akan didedahkan kepada belajar supaya dapat mengaplikasikan cara penggunaan serta penyampaian bahasa Melayu yang betul. Pelajar juga dapat mengenal pasti kesalahan lazim yang digunakan dalam kehidupan seharian. Kursus ini dapat membantu saya untuk mempertingkatkan lagi cara penggunaan bahasa Melayu serta kemahiran asas linguistik bahasa Melayu dengan baik.  

    Seperti yang kita sedia maklum, bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang diguna pakai di Negara  Malaysia. Namun begitu, penggunaan bahasa Melayu dan gaya bahasa yang sesuai perlu didedahkan lagi kepada pelajar dalam usaha untuk memperkasakan lagi cara penyampaian bahasa Melayu yang sering diguna pakai dalam kehidupan seharian. 


Kandungan Silibus:  

  • Proses pembentukan kata dan ayat  
  • Semantik 
  • Laras Bahasa 
  • Retorik   
  • Peristilahan dan Kata Pinjaman
  • Variasi Bahasa
  • Wacana
  • Perbandingan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 

Hasil di akhir pembelajaran, saya seharusnya: 

  1. - Boleh menerangkan konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu. 
  2. - Dapat mempamerkan kemahiran mengenal pasti maklumat-maklumat digital untuk digunakan bagi menganalisis konsep serta prinsip dinamika lingusitik bahasa Melayu. 
  3. - Berkeyakinan serta menunjukkan disiplin diri untuk mempraktikkan konsep dan dinamika lingustik bahasa Melayu. 


 

 

Comments