MORFOLOGI: APA ITU MORFOLOGI?

  MORFOLOGI 

APA ITU MORFOLOGI.?

-  PERKARA PERTAMA YANG DIPELAJARI DI DALAM BAHASA MELAYU LINGUISTIK

Morfologi bermaksud proses pembentukan kata. Morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur,bentuk dan juga golongan kata. 

Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

A) STRUKTUR KATA= struktur kata ialah susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. 

CONTOH: 

 PERTANDINGAN- (Struktur Betul), GANDINTAPER (Struktur salah), BERFOKUSKAN (struktur betul) dan KANFOSKUBER (Struktur salah). 


B) BENTUK KATA = rupa dan unit tatabahasa sama ada tunggal. Mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. 

CONTOH: 

IKUT - (Bentuk tunggal), BERIKUTAN- (Bentuk terbitan), IKUT-IKUT(kata ganda) dan IKUT JEJAK (Bentuk Majmuk). 


C) GOLONGAN KATA= Penjelasan kata berasaskan fungsi tatabahasa. 

CONTOH: 

KATA NAMA: ALI,KANTIN,SIANG

KATA KERJA: LUKIS,MENARI,BERSALAM

KATA ADJEKTIF: MARAH,JINGGA,AWAL

KATA TUGAS: SANGAT,DI,AKAN


UNIT-UNIT MORFOLOGI= Unit morfologi terbahagi kepada dua iaitu Morfem dan Kata

MORFEM= MORFEM BEBAS DAN MORFEM TERIKAT. 

MORFEM BEBAS: boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan dari morfem lain dan mempunyai ayat yang lengkap serta boleh disebut dengan sempurna.                                                                                     CONTOH:  RUMAH, KAKI, SABUN

MORFEM TERIKAT: Tidak boleh berdiri dengan sendiri sebagai kata lengkap tanpa bantuan morfem lain. Terdiri daripada bentuk imbuhan dan kata penuh. 

Contoh imbuhan: di, ter, ber, me-kan..... 


Pembentukan kata terdiri daripada empat jenis iaitu Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata Majmuk dan Kata Ganda. 

KATA TUNGGAL: kata yang berdiri sendiri tanpa melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Terdiri daripada dua jenis iaitu hanya satu suku kata atau mengandungi dua atau lebih suku kata. 

KATA TERBITAN: Kata yang melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menyambungkan imbuhan kepada kata dasar. Iaitu imbuhan yang terdiri daripada morfem terikat iaitu yang tidak bersendirian dalam ayat. Manakala, kata dasar ialah morfem bebas yang dapat menerima imbuhan serta segelintir kata dasar ialah morfem yang terikat (disebut akar). 


Terdapat 4 jenis Imbuhan iaitu:  

  1. Imbuhan Awalan
  2. Imbuhan Akhiran 
  3. Imbuhan Apitan
  4. Imbuhan Sisipan
IMBUHAN AWALAN: terdiri daripada Awalan kata nama, Awalan kata kerja dan Awalan kata adjektif. CONTOHNYA, Awalan kata nama seperti Pembeli. Awalan kata kerja seperti Melawan dan Awalan kata adjektif seperti teringan. 

IMBUHAN AKHIRAN: Terdiri daripada akhiran kata nama dan akhiran kata kerja. Contohnya, 
Akhiran kata nama seperti Seniwati dan akhiran kata kerja seperti gunakan

IMBUHAN APITAN: Terdiri daripada Apitan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya, Apitan kata nama seperti persalinan. Apitan kata kerja seperti mendermakan dan apitan kata adjektif seperti kecantikan. 

IMBUHAN SISIPAN: Terdiri daripada Sisipan kata nama dan sisipan kata kerja. Contohnya, Sisipan kata nama Telunjuk. Sisipan kata kerja seperti gelembung. 


KATA MAJMUK

Kata majmuk ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih bentuk yang terhasil untuk membawa maksud tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. 

Terdapat 4 jenis kata majmuk: 

  1. Rangkaian kata bebas
  2. Istilah Khusus
  3. Simpulan Bahasa
  4. Bentuk yang Telah Mantap


Contoh Rangkaian Kata Bebas: Nasi ayam, tengah malam, terima kasih dan Guru Kanan. (Kata yang boleh disambungkan secara bebas tanpa mengikut keadaan dan jenis ayat yang tertentu. )

Contoh Istilah Khusus: pita suara, lut sinar dan reka bentuk. (istilah khusus ini adalah pembentukan kata yang sedia ada dan digunakan untuk masa yang tertentu). 

Contoh Simpulan Bahasa: Hati batu, duit kopi, batu api dan ada hati. 

Contoh Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap: matahari, suruhanjaya, setiausaha, tandatangan. (bentuk ini telah mantap dan tidak memerlukan penambahan imbuhan yang lain). 


KATA GANDA
 
Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Tujuannya adalah untuk menghasilkan maksud jamak. Terdapat kata ganda yang tidak membawa makna jamak seperti labah-labah dan anai-anai. 

Terdapat 4 jenis kata ganda: 

  1. Penggandaan Penuh: Kupu-kupu, jalan-jalan, dan persatuan-persatuan.
  2. Penggandaan Separa: Bebola, dedaun, lelaki, sesiku, lelabah dan tetamu. 
  3. Penggandaan Berentak: Kuih-muih, hingar-bingar, lalu-lalang dan kusut-masai. 
  4. Penggandaan Berimbuhan: kejar-mengejar, tolong-menolong dan berturut-turut. 

LARAS BAHASA

Laras bahasa ialah cara dan juga penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada penulisan dan penggunaan merujuk kepada penutur , situasi dan topik dan juga tujuan perbincangan. 

Laras akan sentiasa berubah mengikut situasi, fungsi dan juga keadaan. Setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin dalam bidng tertentu. 

Menurut saya, laras bahasa digunakan mengikut situasi yang tertentu untuk memberikan penghargaan kepada cara penggunaan bahasa Melayu. 

Laras Bahasa terbahagi kepada beberapa jenis: 

  • Laras Bahasa Umum
  • Laras Bahasa Sains
  • Laras Bahasa Undang-Undang
  • Laras Bahasa Sains
  • Laras Bahasa Agama
  • Laras Bahasa Iklan
  • Laras Bahasa Kreatif
  • Laras Bahasa Kanak-Kanak
  • Laras Bahasa Istana 

Laras Bahasa Umum:
 Laras bahasa umum ialah penggunaan yang mudah difahami. Laras bahasa umum menggunakan perkataan yang pendek dan juga mudah difahami. 

Contoh: Saya pergi ke pasar untuk membeli barang-barang dapur. 

Laras Bahasa Teknikal: 
Laras teknikal digunakan oleh pakar untuk berkomunikasi dengan pakar lain yang juga sebidang. Bermakna semua teks yang berkaitan dengan semua jenis bidang kepakaran sama ada sains tulen, teknologi, sains pengurusan dan lain-lain bidang kepakaran. 


Laras Bahasa Undang-Undang: 
Laras bahasa ini dikira sebagai laras bahasa teknikal. Laras bahasa undang-undang terdiri daripada penggunaan bahasa seperti prinsip-prinsip undang-undang diikuti oleh syarat yang diakhiri oleh keputusan undang-undang. 

Contoh: Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan cara saman disampaikan.  

Laras Bahasa Sains: 
Laras Bahasa ini dikira bersifat formal dan intelektual, saintifik, formal dan onjektif. Laras bahasa ini banyak menggunakan menggunakan istilah sains. Menggunakan penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif. 

Contoh: Penggunaan sinaran X, radiografi dan pengimejan molekul dapat mengesan pelbagai jenis penyakit. 

Laras Bahasa Agama: 
Laras bahasa ini digunakan kebiasaannya menggunakan unsur bahasa klasik terutamanya kepada kosa katanya. Terdapat istilah agama yang khusus pada sesautu agama tertentu. Banyak mengandungi bentuk kias dan cerita. Laras bahasa agama menggunakan kata pinjaman bahasa Arab dan banyak menceritakan kisah-kisah dan hadis Rasulullah SAW dan sahabat baginda serta tafsir Al-Quran. 

Contoh: Syurga dalam bahasa arab disebut sebagai "Al-Jannah" yang bermaksud sebuah taman yang indah, penuh dengan pelbagai nikmat...    


Laras Bahasa Iklan: 

Fungsi utama laras ini bertujuan untuk mempromosikan serta menjual barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Penggunaan laras bahasa ini menggunakan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat ketara pada iklan yang bercetak. Penggunaan gambar dan video pada laras iklan memanipulasikan bahasa secara berkesan. Laras bahasa iklan menggunakan ungpan istilah untuk menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik perhatian pengguna seperti pujukan,kemesraan dan gesaan. 

Contoh: Dapatkan produk pencuci X sekarang untuk membasmi 99% kuman pada kotoran baju. 
 

Laras Bahasa Kanak-Kanak:
Laras Bahasa Kanak-Kanak menggunakan kosa kata yang kurang berbanding dengan kosa kata untuk orang dewasa. Bilangan imbuhan yang digunakan adalah terhad dan imbuhan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini. Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal. 


Kesimpulannya, pada pendapat saya, Penggunaan laras bahasa digunakan untuk membezakan gaya dan penggunaan bahasa mengikut situasi tertentu. Laras bahasa merupakan suatu penggunaan yang penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. Dengan adanya pelbagai jenis laras bahasa, kita sebagai masyarakat dapat membuka mata tentang penggunaan bahasa yang pelbagai dan luas. Apabila seseorang itu menggunakan laras bahasa yang betul dengan situasi yang tertentu, seseorang itu akan lebih mendalami perkataan-perkataan bahasa Melayu klasik yang wujud dan masih boleh digunakan sehingga kini. 


 


Comments